June 6, 2016

Salam Ramadhan Salam Kemaafan




Assalamualaikum w.b.t






Alhamdulilah dihari pertama kita berpuasa dan menyambut di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan rendah hati , i dan sekeluarga ingin memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan atau tersalah kata dan kekhilafan antara kita. Maafkanlah kami sesungguhnya kami adalah insan yang lemah dimana jatuh bangun kami dalam mengharungi kehidupan ini sentiasa diuji olehNya. 





Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingati dan berusaha dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Walaupun disaat kekhilafan, sikap dan perbuatan i dan sekeluarga sekiranya ada yang menguris hati, kami mohon kemaafan daripada anda semua. Yer betul manusia tak lari daripada kesilapan dan kami belajar daripada kesilapan yang lama supaya pisang tidak berbuah 2x. Ingatkan kami sekiranya kami alpa dengan nikmat dunia ini. Doa kalian yang baik-baik kami pinta. Semoga Allah s.w.t dapat membalas jasa budi baik dan doa anda untuk kami. Amin yarabaalamin.