May 31, 2016

Yuk! Kami Di Cameron Highland





Assalamualaikum w.b.t







Actually perancangan sebenar nak pergi holiday ke Terengganu tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan maka kami hanya sempat bercuti di Cameron Highland. Ini pun last minit punya plan. Tempat i menginap nie di apartment en.hamid di Desa Anthurium, Brinchang [nanti i tulis blog khusus tuk tempat penginapan i di Cameron Highland]. Sampai aje atas apartment nie dah terasa sejuk tapi tak de la sesejuk sangat macam kt oversea. Tapi badan nie rasa nyaman dengan angin sejuk dekat sana. Siap melompat-lompat anak-anak.
























Lepas dah check in, kami sekuarga pergi ke ladang teh, Bharat. Selfie dekat ladang teh sambil santai-santai minum teh dan kek. Sonok tengok pemandangan hijau dengan tiupan angin yang sempoi-sempoi bahasa [Eh betui ke ayat i ini..hehehe]. Ladang teh, Bharat ini ada 2 tempat so kami pegi tempat yang ada cafe dengan kedai souvenir.























Gambar kami satu keluarga ini disnap oleh tcher india yang bawak rombongan skola. So minta tolong dengan tcher ini tangkapkan gambar siap cakap kat anak i suruh buat peace. Ikhlas tcher ini nak tangkap gambar kami. Thanks tcher, sowi tak sempat nak tanya nama tcher sebab anak murid die dah tahap luar kawalan [anak murid tcher ini excited tengok ladang teh sama macam anak-anak i..kihkihkih]





















Anak-anak muka dah penat sebab first time pergi Cameron Highland [uwais dan uqayla tapi 2nd time untuk umairah]. Jadi i belanja anak-anak makan kek dan minum teh tarik/teh o. Tengok muka uwais sampai nak terlelap mata dapat makan kek chocolate indulge dia. Alahai cian uqayla, mood penat dengan lapar.

























Hari kedua, masing-masing dah bangun awal walaupun umairah baru kena demam [sebelum ini uqayla dekat umah dah demam, batuk dan selsema but dah heal cuma tinggal batuk-batuk jer]. Akak kena demam sebab kes cuaca malam tue memang sesejuk sesangat. Siap pkai baju 3 lapis dan berstokin pun still rasa sejuk jugak. Aktiviti untuk hari kedua nie kami ke Pasar Kea Farm dengan matlamat untuk mencari sayur-sayuran yang segar bugar. Kalo pegi pasar juga jangan lupa beli jagung dan ubi keledek madu. Memang sedap kalo kukus. Termasuk la shopping baju, fridge magnet dan topi untuk anak-anak. Belum lagi dengan pesanan penaja daripada adik beradik..mehehehe..sampai tak cukup tangan nak memegang. Jawabnya 2x kami pergi ke pasar Kea Farm nie.

























Dah abis bershopping kita di pasar kea farm, seterusnya kita ke destinasi yang dinanti-nantikan oleh anak-anak i iaitu ladang QE Strawbery. Dekat sini buah strawbery diaorang memang banyak dan besar-besar gak. Dan tempat nie memang i dengan family biasa pergi kalo menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Paling tak sabar nak self picking strawbery semestinya anak-anak i. Masing-masing dah dok berebut-berebut gunting nak potong strawbery. Sumpah! perkara yang paling i tak lei lupa bila semua buah strawbery merah diguntingnya oleh muhammad uwais. Ada la dalam 6 biji strawbery digunting dan semuanya buah kecil-kecil lagi. Bagi menyembunyikan "kegiatan haram" uwais daripada dilihat oleh encik bangla dekat situ, maka husband i la tukang menelan buah strawbery yang uwais potong..mehehehe




























Dah penat memetik strawbery, kami melawat pula Lavender Garden tak jauh dari ladang QE strawbery. Tempat ini direquest sendiri oleh i. Sebelum nak masuk LG ini kena bayar RM5.00 bagi kanak-kanak berumur 5-12 tahun ke atas manakala harga untuk dewasa iaitu RM8.00. Bila kowang masuk jer dah bau bunga lavender.



















: cuaca panas terik, sampai terkelip-kelip mata uwais















Bila badan dah letih, kami decide balik dulu ke apartment sebab anak-anak semua mata dah mengantuk dan tired. Selepas solat zohor dan mandikan anak2 kami, terus ke destinasi terakhir untuk hari ke 2 iaitu di Cactus Point. Apa lagi, memborong membeli pokok cactus lorr. Salah satu tempat wajib i kalo pergi ke Cameron Highland. Makcik-makcik yang mintak last-last minute suwuh den bolikan cactus, den nak mintak ampun dan maap sebobnya kotiko pogi kedai cactus point pun, kedai dah nak tutup. So i cepat cekau yang mana sempat jer. [Perhatian kedai-kedai di Cameron Highland ini akan tutup pada pukul 6.00 petang kecuali ramai orang maybe mereka akan lanjutkan masa sehingga jam 6.15 petang sahaja]. Nasib baik la amoi kedai tue bagi kelonggaran kat kuarga i. Siap cakap kat i "manyak anak akak kan". I kata "rezeki...mehehehe".






















Manakala hari ke 3 kami sekuarga menuju ke Big Strawbery Farm. Tujuan i pergi ke sana ialah melihat sayuran-sayur salad yang ditanam secara hidroponik serta menikmati kelazatan strawbery chocolate. Memang sedap wooo. Anak-anak pun khusyuk menikmati strawbery chocolate terutamanya abang uwais. Gembira die dapat makan, yang tak laratnya dok asyik sebut "ibu strawbery  karipap takde ke". Alahai anak, nie la die pendangan asyik suka tengok cite drama strawbery karipap kat astro ceria.



























Sonok menengok sayur salad yang fresh. Rasa nak cabut jer sayur salad dekat situ. Owh ye...sebelum kami pulang ke Putrajaya, moh kita bersesi gambar dulu.























Hasil tangkapan yang kami dapat daripada pulang membeli belah di Kea Farm, Cameron Highland. Actually banyak lagi barang yang beli termasuk jagung, jem strawbery tambah lagi beli 2 botol dan pakaian anak-anak. Tapi disebabkan kamera nie tak cukup storage maka makcik dapat tangkap gambar mana yang ada hajo. Siap balik apartment terus rebus ubi keledek madu dengan minum air tea jasmine. Memang sedap menikmati bila cuaca tengah sejuk malam-malam. Anak-anak pulak menikmati roti sapuan strawbery. Suka lattew!