July 24, 2013

Uwais Turning 1 Years Old



Assalamualaikum w.b.t

 
Pejam celik pejam celik sekejap aje anak bujang i nak masuk 1 tahun ( 22 Ogos 2013) nie. Rasanya tak sampai berapa saat, minit dan jam dah berlalu. Nur Umairah pun dah masuk 2 tahun 6 bulan. Sekarang nie pun anak dara sibuk merengek suwuh hantar dia ke taska cendiakawan dekat rumah i sebabnya nak belajar. Setiap hari bawa beg pink dia ke hulu hilir. Siap dengan pencil colour and buku penuh dalam beg dia. For your information anak dara i dah pandai pegang pen or pensel dengan sendirinya and cara pegang pun 'cantik' tau. Kalah i zaman kanak-kanak dulu. Alhamdulilah setiap malam kami berdoa semoga anak-anak kami menjadi soleh dan solehah..Amin.
 
-------------------------------

Cerita pasal anak bujang i, untuk makluman sahabat-sahabat semua, uwais sudah mula pandai melangkah dan berjalan walaupun langkahnya yang paling banyak pun 7 langkah. Apa-apa pun anak bujang nie lebih cepat daripada akaknya. Yer, i mengaku setiap anak berlainan cara pembelajarannya. So far anak bujang pun dah menunjukkan nak tumbuh gigi. Selain itu, yang i perhatikan anak bujang i nie kuat merajuk tau. If lambat buat susu or lambat melayan karenahnye mesti merajuk dia panjang sampai tired dah kami nak memujuknya. Tapi yang pasti kami tahu reasonnya..hehehe..sapa yang cepat tangkap tue memang akan tau la kan. Anyway ramai yang request dekat i, especially ramai yang hantar email dan comment in blog suruh i tempel muka uwais waktu baby. Tidak dinafikan yang i banyak upload gambar anak bujang melalui instagram dan facebook. So untuk memenuhi kehendak semua i uploadkan sebahagian gambar yang terdapat dalam koleksi komputer i ok. Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sentiasa membaca perkembangan i yang tak seberapa nie. Daripada bujang, kahwin, anak sorang sehinggalah anak yang ke-2.
 
-------------------------------

 
Disini saja i nak menyelit kata-kata salah seorang saudara seislam i di instagram "jangan dibicarakan tentang rezeki kerana rezeki yang diberikan kepada mu oleh Allah s.w.t ada berbagai bentuk dan cara". Ya rezeki yang dilimpahkan kepada seseorang bukan sekadar wang ringgit tetapi salah satunya adalah ilmu dan anak. Alhamdulilah harta dan amanah yang paling bernilai dalam hidup i adalah anak-anak. Sekarang nie diri ni tengah sibuk membuat preparation untuk celebrate birthday anak bujang. Kemungkinan i akan buat di luar dan kecil-kecilan tetapi meriah insyaallah. Cadangan kami juga nak buat bacaan doa selamat sedikit. Tapi semua masih dalam perancangan. Sesiapa yang ada idea nak utarakan untuk sambutan majlis kelahiran muhammad uwais boleh la comment kat blog i. Sangat dialu-alukan tau!!


Berikut merupakan gambar-gambar cute Muhammad Uwais untuk tatapan anda semua..layanss!!~~


 :: 2 month ::


 :: 2 month ::
 
 
 :: 3 month ::
 
 
 :: 1 month ::
 
 
 
 :: 2 month ::






p/s: Doakan kebahagian dan kesejahteraan kami sekeluarga ye.. ^_^